Buat anda yang memasang impian tinggi untuk memiliki sebuah jenama produk pakaian anda sendiri dan bina perniagaan pakaian anda hingga ke peringkat lebih tinggi, stabil dan menguntungkan, ini dia jalannya 

TERBONGKAR!: Bagaimana Kini Anda Mampu Memiliki Jenama Pakaian Atau Tudung Anda Sendiri Yang Berpermintaan Tinggi Hingga Anda Mampu Kaut UNTUNG BESAR & ‘Musnahkan’ Pesaing-Pesaing Anda Yang Terdesak Suka Sangat Main Perang Harga Tu!

Buat anda yang merupakan usahawan pakaian yang dah naik ‘meluat’ dan muak dengan ‘pendatang baru’ peniaga-peniaga pakaian yang suka sangat main harga yang tak masuk akal tu. Kini sudah ada jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut. Baca semua yang bakal disampaikan dalam laman web ini untuk tahu lebih lanjut ..

Daripada Bilik ‘Rahsia’ Produksi Jahit Pukal: Mohd Gadaffi Zamberi, Pemilik Butik Teeha.my & Pengusaha ‘Tailor Tudung Baju Pukal’
Lokasi: Kepala Batas, Pulau Pinang
No. Fon: 019-5541900
RE: Pembongkaran Eksklusif Lubuk Rahsia Untuk Anda Dapatkan Perkhidmatan Menjahit Secara Pukal Atas Jenama Anda Sendiri!

Assalamualaikum & Salam Hormat rakan-rakan Usahawan Pakaian saya,

Mahukah anda mengetahui cara untuk anda jana keuntungan yang jauh lebih lumayan lagi menguntungkan serta dalam masa yang sama membina sebuah perniagaan pakaian yang lebih stabil dan kukuh?

Saya amat yakin sekali, jika anda seorang usahawan atau peniaga pakaian khususnya pakaian wanita dan Muslimah atau tudung, sudah tentu anda memang inginkannya.

Cara mudah untuk kita mencapai matlamat tersebut adalah dengan memiliki jenama pakaian kita sendiri serta menjualnya terus kepada para pengguna.

Ianya jauh lebih menguntungkan!

Tapi sebelum saya pergi lebih jauh, mari saya tanyakan kepada anda beberapa soalan ini …

Penting agar dapat saya pastikan bahawa memang andalah orang yang PATUT membaca segala isi kandungan dalam laman web ini 🙂

Adakah Anda Salah-Seorang Daripada Mereka Ini, Usahawan Pakaian Yang SERIUS Ingin Berjaya Bina Perniagaan Pakaian Yang Lumayan Terlajak Laris?

Adakah Anda Salah-Seorang Daripada Mereka Ini, Usahawan Pakaian Yang SERIUS Ingin Berjaya Bina Perniagaan Pakaian Yang Lumayan Terlajak Laris?

Baiklah, sekarang, sebelum kita berbincang lebih panjang-lebar lagi, mari saya tanyakan anda terlebih dahulu. Adakah anda salah-seorang atau berada dalam salah-satu situasi berikut …

  • Anda berimpian dan bercita-cita mempunyai barisan jenama pakaian wanita Muslimah sendiri untuk dijual
  • Anda ingin mempunyai jenama tudung terkini
  • Anda ingin buat tudung labuh sendiri dan pasarkan di atas jenama syarikat anda sendiri
  • Adakah anda inginkan tudung-tudung fesyen terkini sendiri seperti bawal, tudung 3 layer dan 2 layer
  • Anda yang yang tercari-cari peluang menjana pendapatan sampingan dengan menjual tudung atau pakaian wanita secara online
  • Anda teringin sangat buat tudung shawl halfmoon kegilaan remaja masakini
  • Anda mempunyai perancangan membuka kedai pakaian tradisional, wanita, Muslimah atau butik pakaian kanak-kanak jenama sendiri
  • Anda ingin menjadi pemborong pakaian yang terkenal di Malaysia
  • Sudah 2-5 tahun atau lebih berkecimpung secara serius dalam bidang perniagaan pakaian wanita

Jika YA, anda memang salah-seorang daripada mereka di atas, ataupun memang ke semuanya apa yang anda inginkan, memang anda berada di tempat yang betul.

Saya sendiri akan bongkarkan kepada anda bagaimana anda boleh capai impian-impian tersebut.

Tapi memang terus-terang saya katakan kepada anda, untuk mencapai segala impian yang saya nyatakan di atas tadi tu, bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Banyak cabaran, rintangan dan halangan yang terpaksa anda tempuhi barangkali …

Adakah ini masalah-masalah yang sedang anda hadapi kini …

Nak Betul-Betul Berjaya Dalam Perniagaan Pakaian Pada Hari Ini Bukanlah Sesuatu Yang Mudah. Pelbagai Cabaran & Rintangan Terpaksa Anda Tempuhi Sebelum Boleh Hidup Selesa Dengan Bisnes Pakaian …

Cuba anda fikirkan sejenak, adakah barangkali ini permasalahan yang selama ini menghantui fikiran anda dalam perjalanan anda menjadi seoarang Jutawan Usahawan Pakaian …

  • Anda menghadapi kesukaran untuk mendapatkan khidmat tukang jahit yang berkemahiran untuk menghasilkan hasil jahitan yang berkualiti tinggi
  • Anda tak tahu bagaimana ingin hasilkan tudung berdasarkan warna & saiz mengikut kesesuaian kehendak para pelanggan anda
  • Anda mempunyai idea design pakaian atau tudung yang unik dan mempunyai permintaan tinggi di pasaran, tapi tak tahu bagaimana ingin membuatnya. Anda hanya fokus menjual, bukan menjahit!
  • Anda mempunyai idea design pakaian atau tudung yang unik dan mempunyai permintaan tinggi di pasaran, tapi tak tahu bagaimana ingin membuatnya. Anda hanya fokus menjual, bukan menjahit!
  • Anda ingin membuka kios atau booth menjual tudung tetapi menghadapi kesukaran untuk mendapatkan stok atau buat tempahan secara pukal. Anda tak tahu di mana ‘lubuk rahsia’ untuk dapatkan stok-stok ini. Anda taknak dapatkan daripada orang tengah atau agen-agen lain yang dah siap-siap ‘mark-up’ harga. Macam mana anda nak dapat untung besar kalau macam ni!
  • Anda yang tinggal di luar kawasan Semenanjung Malaysia seperti Sabah, Sarawak, Brunie dan Singapura yang sukar untuk dapatkan stok bekalan pakaian-pakaian wanita untuk diniagakan di sana
  • Anda yang tercari-cari tukang jahit untuk tujuan produksi pakaian-pakaian yang lebih berdedikasi agar anda boleh fokus sepenuh perhatian kepada aktiviti menjual dan pemasaran sahaja
  • Anda yang mempunyai kedai atau butik pakaian wanita, tapi sering sahaja menghadapi masalah pekerja tukang jahit yang ‘lari’ berhenti kerja
  • Anda yang dah makin lama makin naik ‘meluat’ dengan masalah perang harga yang makin menjadi-jadi di pasaran masa kini. Sudah tiba masanya anda ada jenama pakaian atau tudung sendiri dan jana keuntungan lebih tinggi dan lumayan

Dan macam-macam lagi masalah yang biasa boleh kita dengar menjadi keluhan peniaga-peniaga pakaian yang sudah berpengalaman seperti anda.

Sudah, sudah, cukup!

Kini anda boleh ucapkan Selamat Tinggal kepada segala permasalahan di atas tu!

Segala permasalahan di atas akan saya bantu anda melalui …

Memperkenalkan …

Tailor Tudung Baju Pukal – 
“Perkhidmatan Menjahit Tudung & Baju Secara Pukal. Kami Menjahit Siang & Malam Untuk Anda Tanpa Henti!

Laman rasmi Facebook fanpage kami yang telah mempunyai melebihi 7000 orang fans! – www.facebook.com/tailortudungbajupukal 

Izinkan saya perkenalkan mengenai latar-belakang pengenalan tentang syarikat kami terlebih dahulu ya .

 Kami sendiri sebenarnya merupakan penjual dan pengedar tudung di bawah jenama kami sendiri iaitu Teeha di bawah naungan syarikat berdafar kami iaitu Teeha Sdn. Bhd. Anda boleh lihat sendiri ‘kedai maya’ kami di fanpage kami ini www.facebook.com/myteeha dan laman web rasmi kami di https://teeha.my/

 Malah, kami sendiri mempunyai kedai & butik yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang yang telah beroperasi sejak 2009 lagi.


Laman rasmi Facebook fanpage kami yang menjual produk ‘killer’ utama kami iaitu tudung rekaan fesyen terkini telah mempunyai melebihi 16,000 orang fans dan ianya semakin bertambah setiap hari! – https://www.facebook.com/myTeeha 

 Disamping itu, kami turut menyediakan perkhidmatan menjahit secara pukal khusus untuk anda dan usahawan-usahawan pakaian serta tudung yang ingin mengeluarkan pakaian di atas jenama sendiri.

Mari saya kongsikan pula bersama anda gambar-gambar ‘REAL LIFE’ production floor tempat kami menjahit pakaian jenama kami sendiri dan jenama para usahawan pakaian lain.

Ini juga yang bakal menjadi ‘lubuk rahsia’ jenama pakaian anda pula kelak 🙂 ...

 

(Gambar-gambar di atas menunjukkan bagaimana situasi di butik production floor kami hampir setiap hari yang “HURU-HARA” dengan tempahan daripada para pelanggan)

Sejauh mana pengalaman kami? 

Berikut saya kongsikan serba-sedikit fakta info mengenai perniagaan perkhidmatan menjahit secara pukal kami ini serta perniagaan butik tudung kami sendiri …

  • Sudah berapa helai tudung yang kami telah jahit selama ini? Lebih daripada 120,000 helai tudung!
  • Sudah berapa helai jubah dan Abaya yang kami telah jahit selama ini? Lebih daripada 300 helai
  • Sudah berapa helai skirt, baju kurung dan top yang telah kami jahit selama ini? Melebihi 100 helai

Siapa Pula Para Pelenggan Kami Yang Pernah Menggunakan Khidmat Kami Ini?

Pelanggan-pelanggan kami yang pernah menggunakan perkhidmatan jahitan secara pukal kami amat luas sekali. 

Mereka terdiri daripada usahawan-usahawan kecil-kecilan sehinggalah kepada kilang-kilang Multinasional.

Antara para pelanggan kami adalah NGO dan pelbagai persatuan, Badan Berkanun Kerajaan seperti Lembaga Tabung Haji Malaysia, IKS, pengusaha butik seluruh negara, Hotel Sri Malaysia, syarikat pengilangan Taiyo serta banyak lagi

   

Kami kebanyakkannya menjahit tudung kerana itu kepakaran utama kami. Tapi ianya tidak bermaksud yang kami tidak menyediakan perkhidmatan jenis-jenis pakaian lain. Memang ada berdasarkan permintaan anda.

Pelanggan kami bukan sahaja dari seluruh Semenanjung Malaysia dari Utara hingga Selatan, malah kami turut menerima tempahan daripada usahawan-usahawan pakaian dari Sabah, Sarawak dan Brunei!

OK, kini saya pasti anda sudahpun mengenali kami dan latar-belakangan pengalaman kami.

Mari saya kongsikan bersama anda info-info lebih lanjut tentang perkhidmatan menjahit secara pukal ini yang WAJIB anda tahu …

Info-Info Tentang Perkhidmatan Jahit Pukal Kami WAJIB Anda Tahu Untuk Bina Jenama Pakaian Anda Sendiri TANPA Susah-Susah Ada Pekerja Tukang Jahit Yang Suka ‘Lari’ Bila Dah Tahu Secret Recipe Jahitan Anda …

Berikut adalah antara soalan yang biasa kami terima mengenai perkhidmatan kami ini. Usah risau, kami dah siap-siap jawabkan untuk anda!

Ini adalah info-info lanjut tentang perkhidmatan menjahit secara pukal yang pihak saya tawarkan WAJBI anda tahu sebelum anda ke langkah seterusnya …

  • Melalui laman web ini, kami menyediakan perkhidmatan untuk anda yang ingin melakukan tempahan jahitan tudung dan baju secara pukal sahaja.
  • Produksi di kedai kami berjalan SETIAP hari dari pagi hinggalah ke malam 7 hari seminggu bagi memenuhi permintaan ‘macam goreng pisang panas!’ daripada para pelanggan kami yang terdiri daripada usahawan pakaian seperti anda.
  • Mengikut rekod kami, kami banyak menerima tempahan jahit pukal jenis-jenis pakaian seperti tudung, shawl, halfmoon, jubah, telekung, baju kurung, baju wanita bersaiz besar serta baju nursing (ibu menyusu).
  • Dari situ anda sendiri boleh lihat inilah dia hot niche dalam perniagaan pakaian yang saya pasti tentunya anda sendiri pun inginkannya. Inilah potensi produk-produk pakaian yang boleh berikan ‘wang besar’ untuk anda!
  • Berapa minimum helai yang kami terima untuk tempahan? Inilah salah-satu soalan ‘panas’ sering ditanya. Baiklah begini … Minimum Order Quantity (MOQ) yang kami terima bagi tempahan tudung adalah sekodi yang bersamaan dengan 20 helai. Bagi pakaian jenis baju kurung, top, skirt, jubah dan pelbagai lagi yang seangkatan dengannya pula adalah 10 helai Minimum Quantity Order yang kami terima. 
  • Bagi ke semua jenis tudung dan pakaian ini, dari segi pola iaitu pattern rekabentuk & saiz perlulah sama. Dari segi warna dan material jenis kain pula boleh campur-campur tiada masalah.
  • Oh, anda cakap kat saya yang anda minat pula nak beli secara borong yang dah siap (ready-made)?

No problem, anda boleh dapatkannya terus di laman web kami www.teeha.my atau Facebook Fanpage kami di www.facebook.com/myteeha . Pelbagai rekaan terkini dan saiz yang menarik boleh anda dapatkan di sana. Ke semua produk tersebut adalah juga merupakan hasil ‘air tangan’ jahitan kami juga 🙂

Berikut Pula Adalah Ciri-Ciri Secara Spesifik Mengenai Perkhidmatan Menjahit Pakaian Secara Pukal Untuk Jenama Anda Sendiri Yang Kami Sediakan …

  Kami hanya menggunakan mesin jahit yang terbaik mengikut piawaian industri seperti mesin jahit yang berjenama Juki dan Siruba. Jika anda seorang yang ‘otai’ atau memang berpengalaman dalam perniagaan pakaian ini, pasti anda tahu akan kehebatan mesin-mesin jahit ini.

(Gambar-gambar di atas menunjukkan antara peralatan milik kami yang kami gunakan sendiri di butik & production floor kami. Jika anda memang ‘otai’ dalam industri bisnes pakaian, pasti anda akan tahu nilai peralatan-peralatan tersebut 🙂

  Kami sanggup melabur dengan banyak bagi memiliki mesin-mesin jahit ini adalah kerana kebolehannya untuk setting bagi menghasilkan hasil jahitan yang berkualiti tinggi lagi terbaik 

*INFO PENTING!: Kami berterus-terang kepada anda bahawa kami sememangnya tidak menyediakan kain, design serta pattern untuk pakaian yang anda ingin tempah dengan kami. Pihak anda sendiri yang akan berikan pada kami. Kami cuma akan menjahit mengikut kain, design serta pattern yang anda berikan pada kami.

  Jenis pakaian yang kami tidak terima untuk dijahit adalah pakaian yang memerlukan lubang dan butang. Dalam kata lain, pakaian yang memerlukan kita buat lubang dan butang, maaf kami tidak menerimanya secara pukal. Kami juga tidak menyediakan aksesori seperti butang, getah, lace, zip dan lain-lain aksesori. Kami hanya menyediakan benang dan bakrum sahaja 🙂 

*TIPS: Untuk dapatkan kain pada harga murah dan kuantiti yang mampu-milik bagi anda yang baru ingin bermula menempah satu kodi, anda boleh cuba dapatkan kain-kain tersebut di mana-mana cawangan Jakel berhampiran anda. Sangat recommended. Atau jika anda ada modal lebih dan ingin lebih jimat, anda boleh terus beli kain dalam kuantiti kayu atau roll. Anda lebih jimat bermakna potensi keuntungan bersih anda akan lebih banyak kelak.

  Kami amat cadangkan untuk kali pertama anda menempah dengan kami, anda serahkan sendiri ‘by hand’ kain anda kepada anda supaya kita dapat berjumpa pertama kali untuk membina hubungan perniagaan lebih akrab.

  Walaubagaimanapun, jika pertama kali ingin hantar kain melalui pos pun, tiada masalah. Kami juga amat mengalu-alukannya. Bergantung pada keselesaan anda berurusan dengan kami.

 

Anda Nak Lihat Bukti-Bukti Pelanggan Yang Pernah Berurusan Dengan Kami Serta Contoh Hasil Kerja ‘Air Tangan’ Kami?

Berikut adalah antara bukti-bukti resit pembayaran para pelanggan kami yang telahpun mula menempah pakaian & tudung dengan kami tapi di bawah jenama mereka sendiri.

Kami langsung tidak mengambil sebarang hakcipta. 100% adalah kepunyaan jenama pelanggan kami. Kami hanya duduk diam-diam, bersusah-payah siang dan malam jahit untuk mereka!

(Gambar-gambar di atas menunjukkan resit-resit pembayaran yang kami serahkan kepada para pelanggan yang menggunakan perkhidmatan menjahit secara pukal di bawah jenama mereka)

Berikut pula adalah testimonial daripada salah-seorang pelanggan kami yang menggunakan perkhidmatan jahit secara pukal kami serta hasil kerja jahitan kami untuk beliau …

Mengapa Pihak Kami Tidak Sediakan Kain, Tapi Anda Sendiri Yang Perlu Sediakan?

Ramai yang mengeluh dengan kami, mengapa pihak kami tidak menyediakan kain sekali? 

Usahawan kecil yang baru bermula yang mahu mula mencuba menempah sekodi tudung contohnya terpaksa beli juga kain pada kuantiti yang banyak untuk lebih jimat. 

Tapi dalam masa yang sama, ia memakan kos yang lebih tinggi untuk permulaan ini. Agak membebankan juga 🙁

Begitulah antara keluhan dan ‘alasan’ yang sering kami terima. Ok, bagi menjawab persoalan ini, sebenarnya terdapat keburukan kesan negatif terhadap anda jika pihak kami yang sediakan kain. Keburukan-keburukan tersebut adalah …

 Pihak kami tidak tahu kehendak sebenar prospek pasaran pelanggan anda sendiri. Contohnya macam ni, pelanggan kami sendiri tidak menggemari kain jenis Thai Silk untuk awning tudung, tapi barangkali pelanggan anda pula minat Thai Silk

Jika anda ingin juga pihak kami sediakan kain, pihak anda perlu beli kain mengikut kuantiti per roll atau kayu untuk 1 warna kerana itu adalah syarat yang ditetapkan oleh pembekal (supplier) kami, bukan kami. Harga kain adalah mengikut harga pembekal, malah kami 1 sen pun tak ambil sebarang keuntungan daripada penjualan kain ini. Semuana 100% kami akan jual kepada anda pada harga pembekal kami

Maka sebab itulah adalah lebih baik pihak anda yang terus sediakan kain sendiri dan serahkan kepada kami dari segi kerja-kerja menjahit.

Sekarang mari kita lihat pula kelebihan-kelebihan serta manfaat yang bakal anda perolehi hasil mendapatkan khidmat daripada kami ini …

10 Kelebihan Untuk Bisnes Pakaian Anda Hasil Menggunakan Perkhidmatan Jahit Pukal Kami Yang WAJIB Anda Tahu!

Tahukah anda, dengan mendapatkan khidmat menjahit pakaian secara pukal daripada kami ini, anda mampu berada jauh di hadapan berbanding peniaga-peniaga pakaian lain.

Berikut adalah 10 kelebihan Super-Hebat bakal anda perolehi jika menjahit pakaian secara pukal dengan kami menggunakan jenama anda sendiri …

Boleh Jual Pakaian Mengikut Permintaan Terkini & SEBENAR Pelanggan Anda

Anda mempunyai kelebihan berbanding peniaga-peniaga pakaian lain di mana anda boleh menempah produk pakaian anda mengikut kehendak dan citarasa permintaan pelanggan anda. Dalam kata yang lain, anda boleh buat custom-made dalam kuantiti yang lebih banyak dan pantas!

Berbeza jika anda beli daripada pemborong, anda ‘terpaksa’ ikut pattern yang mereka sediakan. Jika anda yang berpengalaman, tentunya anda akan tahu dengan tren fesyen sebenar kehendak pelanggan tetap anda.

Selesaikan Masalah Isu Perang Harga Peniaga Baru

Anda boleh keluar dan ucapkan Selamat Tinggal kepada masalah perang harga yang makin menjadi-jadi terutama sekali disebabkan oleh peniaga-peniaga baru yang suka ‘main harga’ oleh kerana ‘terdesak’ ingin dapatkan jualan dengan cepat. Anda boleh tetapkan harga anda sendiri dengan kualiti dan pattern fesyen mengikut kehendak prospek pasaran anda.

Tak Perlu Berlawan Masuk Dalam Perang Harga

Antara sebab lain mengapa kebanyakan peniaga baru letakkan harga murah berbanding pasaran adalah kerana mereka juga mendapatkan stok direct daripada pembekal besar utama negara. Dengan adanya jenama anda sendiri, anda tak perlu susah ‘buang harga’ kerana anda lah dikira sebagai pembekal pakaian yang anda sendiri jual!

Pelanggan Tak Kisah Dengan Harga Tinggi Anda

Dengan adanya jenama anda sendiri, anda boleh naikkan sedikit harga dan tinggikan nilai produk pakaian anda. Masalah perang harga kini TIDAK RELEVEN lagi bagi anda!

Anda Ada “X-Factor” Untuk Bertahan Lama Dalam Bisnes Pakaian

Anda mempunyai produk pakaian yang unik lain dari yang lain. Keunikan merupakan antara “X-Factor” terpenting jika anda ingin bertahan lama dalam industri pakaian

Anda Dapat Nikmati Margin Untung Lebih “Lazat!”

Anda boleh dapatkan margin keuntungan bersih yang lebih tinggi kerana anda sahaja yang mempunyai pattern seperti yang diminta-minta oleh kebanyakan pelanggan. Anda dah custom-made mengikut permintaan mereka.  Nak tak nak, jika prospek anda benar-benar inginkannya, pasti mereka akan dapatkan daripada anda juga walaupun anda letakkan harga yang lebih tinggi sedikit berbanding peniaga-peniaga newbie di luar sana. Barulah tidur anda lebih tenang dan masyuk! Hoho

Anda Boleh Dapatkan ‘Lubuk’ Pakaian Hot Demand Yang Susah Didapati Di Pasaran

Anda boleh minta dan tempah daripada kami jenis-jenis pakaian wanita yang HOT DEMAND terkini dengan mudah & pantas.  Antara jenis-jenis pakaian yang masakini berpermintaan tinggi tapi sukar untuk kita dapatkan dari mana-mana pembekal adalah jubah pattern terkini, pakaian bersaiz besar dan baju nursing (baju untuk ibu menyusu). Dengan kami, tiada masalah, anda boleh saja minta kami buatkan untuk anda dengan mudah.

Lebih Mudah Dikenali Oleh Prospek Anda

Dengan adanya jenama anda sendiri, anda akan lebih mudah dikenali & diingati oleh pasaran prospek anda. Ini dapat membezakan anda dengan jenama-jenama pesaing anda. Secara tidak langsung, ini boleh dijadikan Free Advertising untuk anda. Bila mereka ingat je satu-satu pattern yang mereka suka atau minta, mereka akan terus ingat anda. Seterusnya lebih mudah untuk mereka recommend kan jenama pakaian anda kepada rakan-rakan mereka yang lain. Anda dapat Free Viral Marketing di situ.

Prospek Lebih Mempercayai Anda, Lebih Mudah Beli Dari Anda

Jenama pakaian anda sendiri merupakan identiti bagi syarikat anda sendiri. Ini merupakan kelebihan bagi anda berbanding pesaing lain. Prospek dan pelanggan akan lebih memandang tinggi dan mempercayai mereka yang mempunyai jenama pakaian sendiri. Seterusnya tahap kredibiliti anda dalam industri akan meningkat.

Bisnes Pakaian Anda Jadi Lebih Stabil & Kukuh

Selain keuntungan jauh lebih tinggi yang dapat anda nikmati dengan pakaian jenama anda sendiri, anda turut mampu mendapat kepuasan diri yang lebih tinggi dalam perniagaan pakaian anda. Disamping menjadikan perniagaan pakaian anda lebih kukuh dan stabil untuk jangka masa panjang anda.

Tidak kah anda berimpian untuk wariskan perniagaan pakaian anda kepada anak-cucu anda di bawah jenama keluarga anda sendiri? Sudah tentu seronok dan kepuasan yang tidak ternilai dalam usaha anda membina perniagaan selama ini

Fuh, demikianlah kelebihan-kelebihan yang bakal anda perolehi jika anda menggunakan perkhidmatan jahit secara pukal kami ini.

Pasti ianya akan membawa keuntungan berlipat kali ganda kepada bisnes perniagaan pakaian anda.

Anda Masih Lagi Ragu-Ragu Dengan Kepakaran Kami Ke? Meh Sini Kita Tengok Dulu Testimonial-Testimonial HOT Daripada Para Pelanggan Setia Kami …

Ini adalah testimonial-testimonial yang berjaya kami terima daripada penjualan tudung-tudung kami secara online di bawah jenama kami sendiri iaitu “Teeha – Hijab Inspirasi Warna”

Mari kita lihat bukti-bukti pengalaman kami sendiri berurusan dengan pembeli tudung ...

 

Fuh, Demikianlah Testimonial-Testimonial “PANAS” Yang Telah Kami Terima. Sekarang, Berapa Pula Pelaburan Anda Untuk Dapatkan Pakaian Jenama Sendiri Anda?

OK, kini sudah tentu anda akan mula tertanya-tanya, berapakah sebenarnya pelaburan anda untuk menempah pakaian atau tudung dengan kami dibawah jenama anda sendiri secara pukal?

Berapa harganya? Ada pakej ke? Mana nak dapatkan details nya?

Saya berterus-terang kepada anda, harga adalah subjektif kerana bergantung kepada design dan pattern yang ingin anda buat selain daripada jumlah kuantiti yang ingin anda tempah.

Untuk Siapa Sebenarnya Sesuai Mengambil Perkhidmatan Jahitan Secara Pukal Dengan Kami Ini Di Bawah Jenama Sendiri? Adakah Anda? 

Siapa sebenarnya yang betul-betul sesuai dan ‘layak’ untuk tempah jahitan secara pukal bersama kami ni?

Adakah anda sudah bersedia untuk membawa perniagaan pakaian anda ke peringkat ‘Next Level’ dengan menjual pakaian dan tudung di bawah jenama anda sendiri?

Mereka yang amat sesuai untuk mendapatkan khidmat kami menjahit secara pukal adalah mereka seperti berikut ...

  • Sesuai untuk anda yang pernah atau selama ini memang membeli tudung atau pakaian wanita secara borong dan nak keluar daripada masalah perang harga
  • Sesuai untuk anda yang pernah menjual pakaian dan tudung secara aktif
  • Sesuai untuk anda yang mempunyai pengalaman menjual secara offline seperti di pasar malam, kedai, butik, atau aktif membuka booth di mana-mana expo atau tapak niaga yang telah mendapat maklum-balas daripada prospek anda tentang design-design tudung atau pakaian tertentu
  • Sesuai untuk anda yang sudah pun ada customer based
  • Sesuai untuk syarikat atau organisasi yang memerlukan pakaian seragam (uniform) untuk kakitangan. Contohnya tudung yang sama pattern dan warna untuk semua kakitangan
  • Sesuai untuk peniaga dan usahawan pakaian yang pernah mendapat banyak maklum-balas daripada para prospek pelanggan anda permintaan mereka terutama sekali dari segi warna, saiz, material, dan pattern mengikut pasaran anda tapi agak sukar mendapatkan bekalan stok tersebut daripada pembekal anda

Anda Tunggu Apa Lagi? Jangan Bertangguh-Tangguh Lagi Untuk Memiliki Tudung & Pakaian Jenama Anda Sendiri! Kuota Tempahan Yang Kami Terima Amat TERHAD!

Apa lagi yang anda tunggu-tunggu tu. Jangan buang masa lagi!

Ingat, sebagai usahawan, masa adalah emas. 

Anda kini sudahpun temui satu peluang yang jarang-jarang dibuka secara umum. Anda dah jumpa ‘lubuk rahsia’ untuk anda dapatkan pakaian di bawah jenama anda sendiri.

Kami amat-amat mengehadkan jumlah pengambilan tempahan!

Oleh itu anda perlu bertindak PANTAS untuk mula hubungi kami jika anda mempunyai perancangan menjual pakaian atau tudung jenama anda sendiri.

Ianya suatu peluang terhad kerana, maaf terus-terang kami katakan, production line kami SENTIASA boleh dikatakan hampir setiap hari penuh FULL HOUSE! 

Bergantung bila tempahan-tempahan yang sedia ada di tangan kami (mereka yang telah menghantar kain dan berikan input yang diminta) sebelum anda kami siapkan, baru lah kami akan mulakan tempahan anda. 

Ingat ye, itupun jika anda telah berikan input-input dan bahan-bahan mencukupi kepada kami 🙂

Usah buang masa lagi, untuk tahu lebih lanjut tentang sebut-harga, pakej yang kami tawarkan dan ingin terus berhubung dengan saya, isikan Nama, Nombor Hanfon dan Email anda pada kotak di bawah ini SEKARANG!

 







 

Ikhlas,

Mohd Gadaffi Zamberi,
Pemilik Butik Teeha.my & Pengusaha ‘Tailor Tudung Baju Pukal’
www.MohdGadaffi.com
No. Fon: 019-5541900
Email: mohdgadaffi@gmail.com